Monday, August 24, 2009

BAB 1 (DIA TAK SAMA)



DIA TAK SAMA


''Dia tak sama!Dia tak sama!Dia tak samaaaaaa!!!!''Jeritan Imtisal bergema menggegar simen batu biliknya.Dia menggenggam keras tangannya,kemudian menumbuk-numbuk dinding.Lebam jejari mulus itu.Wajahnya berjalur resah,gelisah,serabut dan tersirat seribu satu tekanan.


Malam masih muda.Hujan lebat menyiram bumi.Kilat petir sabung menyabung.Suara guruh menyusul lantaran pemanasan mendadak dari udara di sekitar jalur petir.Pungguk menangis kerana bulan tak kelihatan.Panahan cahaya tampak ganas dan menggerunkan.


Dari tingkat blok J,Mahallah Aminah,jeritan Imtisal sayup-sayup kedengaran.Langit tiba-tiba menyala diikuti suara guruh menggelegar.Jeritan bergema lagi.Kolej penginapan siswi setinggi empat tingkat itu seakan-akan gementar.Para penghuninya tersentak.Namun,tiada siapa menjenguk.Bukan sekali mereka mendengarnya.'Lantaklah dia'.Kejemuan berbisik.Individualistik semakin membarah.Lagipun,kebanyakan perempuan memang suka menjerit,tak mengira masa dan punca.


Langit terang dan gemuruh dengan kilatan dan guruh.Ramai yang mula mencabut plag perkakas elektronik daripada suisnya.Fenomena di luar bangunan menggerunkan.Kilat petir menghantar dua sambaran.Pada sambaran pertama muatan negatif mengalir dari awan ke permukaan tanah.Sejumlah kilat percabangan menyebar keluar dari jalur kilat utama.Ketika sambaran pertama ini mencapai permukaan tanah,sebuah muatan positif terbentuk langsung menuju awan.Dua kilat yang dasyat itu beradu sekitar 50 meter di atas permukaan tanah.Hasilnya,sebuah arus listrik yang sangat kuat dan terang mengalir dari dalam jalur kilat utama itu menuju awan.Fenomena itu berulang-ulang.Ada siswi yang tidur awal kerana ketakutan.


''Aaaaaaaaaaah!!!''Imtisal menumbuk-numbuk dinding.Panahan kilat dan dentuman guruh berselang seli,susul menyusul.Hujan menghantar irama pilu.Petir memuntahkan kebencian denagn aliran listrik berjuta volt.Guruh seakan turut menjerit bersama jeritan gadis itu.Tangisannya seiring air hujan yang berguguran.


''Hei,aku kata,dia tak sama!jangan kata dia sama.Kalau kau kata dia sama,aku tumbuk kau lagi!''


Imtisal bersuara lantang.Seekor cicak jatuh dari siling.Seekor merpati yang tumpang berteduh di beranda blok J,terbang ketakutan,meredah hujan.Langsir biru jenis vinetian blind terbuai ditiup angin.Ayunan langsir plastik itu membingitkan telinga.Beberapa keping kertas di rak buku berterbengan di atas lantai.Sejambak mawar merah di atas komputer bergegar.Angin terus menghembus kasar.


Suasana hening seketika.Imtisal menutup tingkap biliknya.Vinetian blind berhenti menari.Tangan Imtisal menggigil.Cuaca amat dingin namun peluh memercik di wajah.Hatinya panas.Gigi-giginya betemu rapat.Peluh mengalir di wajah kemudian menitik ke dada.


''Oh,kau kata dia sama,ya!Nah,rasakan!''Serentak dengan kata-kata itu,Imtisal melepaskan satu lagi tumbukan padu ke dinding bilik.


Petir menampar alam.Dikeluarkan cahaya terang benderang.Lebih terang daripada cahaya 10 juta bola lampu pijar berdaya 100 watt.Guruh bergendang marah.Nafas Imtisal kencang.Dadanya berombak.Matanya melilau.Tangannya menggigil.Gigi atas dan bawahnya rapat bertemu.Wajahnya kemerah-merahan.


''Datang dah penyakit dia,''ujar Linda perlahan.Tasya menggeleng-geleng.


''Apa nak dihairankan?Orang gila,''perli Hindun dengan suara yang agak kuat kedengaran.Hindun sengaja mahukan Imtisal mendengar suaranya.Tasya mengangguk-angguk setuju.Dia tersengih.


Mereka terus rancak berbual-bual di ruang tengah bilik.Tiada sesiapa menjenguk Imtisal.Kerepek ubi pedas dan kopi panas terhidang.Buku akademik dan majalah berselerak di lantai.Mereka lebih banyak bersembang dan makan daripada membaca.Tidak hairanlah tubuh mereka bertiga agak gempal berbanding gadis sebaya.Namun,mereka tidaklah dikategorikan gemuk.


Linda bingkas masuk ke petak biliknya.Dia keluar semula ke ruang tengah dengan membawa tiga biji epal hijau.


''Hindun,kau ada pisau kan?''Linda ingin mengupas buah.Hindun mengangguk kemudian segera mendapatkan pisau berhulu hitam di petak biliknya.Linda mengupas sebiji epal lalu menyerahkan dua biji lagi kepada Hindun dan Tasya untuk dikupas sendiri.


Mereka tinggal empat orang sebilik namun dipisahkan oleh empat petak bilik peribadi.Setiap petak bilik tertutup oleh langsir.Ruang tengah itulah yang membolehkan mereka saling bertemu.Tiada sebarang perkakas di ruang tengah.Yang kelihatan hanyalah sebatang penyapu buluh dan sebatang mop.Cermin besar setinggi manusia menjadi penyeri dinding.


Mereka bertiga sudah cukup bosan dengan perangai rakan sebilik mereka yang seorang itu.Apabila tiba waktu malam pasti penyakit peliknya datang.Imtisal akan bercakap seorang diri.Kekadang menangis,menjerit,memukul diri,memukul dinding dan pelbagai lagi aksi pelik yang dilakukan.


Mulanya agak menakutkan tetapi kini mereka sudah lali melihat aksinya.Saat pertama laki Imtisal berkelakuan ganjil,Tasya terkencing.Dia beranggapan Imtisal talah dirasuk jin.Lutut Hindun menggeletar namun dia cuba menyembunyikan perasaannya dengan menyumpah seranah Imtisal.Linda menenangkan mereka.Dia berhujah bahawa Imtisal bukan dirasuk jin cuma mengalami tekanan mental.Jika benar Imtisal dirasuk jin,sudah tentu suaranya berubah dan dia akan bertindak agresif terhadap orang lain.Sebaliknya,Imtisal hanya menjerit di dalam biliknya kemudian kembali normal setelah beberapa ketika.Hujah Linda berkesan.


Kini,mereka senang menjadikan Imtisal sebagai bahan umpatan.Bagi mereka,sungguh lazat menjamu hidangan daging mentah manusia saban ketika.Imtisal cukup jelik pada mata mereka.Perempuan gila adalah istilah yang cukup sinonim buat Imtisal.


Esakan Imtisal sayu kedengaran.Namun,langsung tidak mengundang simpati teman-teman sebilik.Tiada sesiapa bertanya khabarnya.


''Jom pergi CC,nak?aku tak tahanlah dengan perangai Sal tu,''ajak tasya.


Anak mata Tasya merenung Linda penuh harap.Dia dan Linda memang suka menghabiskan waktu di kafe siber.Melayari internet sudah menjadi rutin harian mereka.Hindun pula langsung tidak berminat dengan aktiviti yang dianggap sia-sia tersebut.Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap sambil mengunyah kerepek ubi.Hujan beransur-ansur reda.


''Duit aku dah keringlah.Malas nak pergi ATM malam-malam begini.Lagipun hujan masih renyai-renyai.Esok sajalah,''tolak Linda.


''Oh,ya!Esok hari sabtu.Tak ada apa-apa aktiviti.Bolehlah kita berkampung di CC sepuas-puasnya.Kau taknak ikut kami Hindun?''tanya Tasya.


''Hindun kan selalu lesap hari sabtu,''calah Linda.


''Ha ah!kau ke mana setiap sabtu?''tanya Tasya lagi.Dahinya berkerut.Matanya disepetkan.Wajah Hindun direnung.menanti jawapan.


''Aku pun hairan.Hari sabtu kau mesti keluar .Hari lain tak,''sampuk Linda sebelum Hindun sempat menjawab.


''Ah,jangan sibuklah!''balas Hindun.Tasya menjungkit bahu.Dia malas mengulangi soalannya.Linda mendengus.Dia sudah lama tertanya-tanya akan rahsia destinasi Hindun setiap hari sabtu.


'Aku akan siasat.Ada misteri yang perlu dibongkar,'bisik hati Linda.Dia mempunyai daya inkuiri yang sanagt tinggi terhadap sesuatu perkara.Dia selalu berlagak detektif dalam banyak keadaan.


''Hei syaitan!aku kata Dia tak sama!''Jeritan Imtisal kedengaran lagi.Hindun tersenyum lucu.Dia bangun lalu menjenguk Imtisal di dalam petak biliknya.Langsir kuning disingkap.


'Tak masuk akal betul.Asyik bercakap dengan dinding.Baik bertekak dengan aku.'Ejek hatinya.


''Dia sama!''Pekik Hindun satu sendaan.


''Tak,Dia tak sama!''balas Imtisal.


''Dia sama!''Hindun mempersenda lagi,diikuti hilai tawa terbahak-bahak.Seronok mempermainkan Imtisal.


''Dia tak samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!''Imtisal menjerit sekuat hati.Linda mencebik bibir.Dia geram dengan Imtisal.Dia juga geram dengan kelakuan Hindun yang sengaja mencari masalah.Imtisal makin membingitkan suasana.Bising.


''Dia samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!''Tasya pula galak mengejek.Dia masih terlentang di ruang tengah bilik.Kaki bersilang.Tangannya rancak membelek majalah.Sesekali dia menjeling Linda di sebelahnya.Tak henti-henti mengunyah.


''Tolonglah,Dia tak sama.. Dia tak sama...''Suara Imtisal berbaur tangisan.Dia sudah penat berlawan dengan bisikan yang sering mengganggu fikirannya.Kini kawan sebiliknya pula memetik suis agar bisikan-bisikan liar itu kembali meracuni hati dan fikiran.


Hindun kembali duduk di sisi Linda dan Tasya.Kerepek ubi dicapai lalu memenuhi mulutnya.

''Sah,dia gila,''Kata Hindun sambil mengangkat bahu.

''Seminggu dia menghilang.Aman rasanya.sekarang,terpaksalah kita semua tahan telinga.Tak faham aku.Kau agak apa yang tak sama tu?''ujar Tasya perlahan kepada Hindun dan Linda.Tangkai cawan berisi air kopi dipusing-pusing secara bulat.

''Cuba kaitkan ayat'Dia tak sama'dengan personaliti dan kehidupan dia,tentu ada jawapannya,''cetus Linda.Hindun dan Tasya mengerutkan kening.Bagi mereka,Linda suka berlagak pandai.

''Sal suka kucing.Mungkin Dia maksudkan semua kucing tak sama dengan kucing lama dia.Mungkin juga dia anggap kita semua tak sama dengan roommates lama dia.Mungkin juga dia cuba luahkan kemarahan sebab ramai orang kata muka dia sama dengan muka dot dot dot,sedangkan baginya,tak sama.Banyak perkara yang kita boleh andaikan.''Linda berhenti sejenak daripada membuat andaian.Senyuman sinis terukir di bibir.Sindiran.

Hindun menjeling tajam.Dia dapat mengagak kepada siapa perkataan dot,dot,dot itu ditujukan.Pedasnya terasa.Muka Linda selamba.Baginya,Hindun memang suka menjeling,tidak perlu dihiraukan lagi.Lagipun,Linda memang suka mencari pasal dengan Hindun.Tasya pula tertawa dengan andaian Linda.Hindun semakin berang.

''Takkan perkara remeh macam tu membuatkan pelajar bijak macam Sal menjadi gila,''komen Tasya.

''Bagi kau remeh.Bagi orang yang ada masalah mental,masalah besar,''balas Linda.

''Abang dia baru meninggal,sebab itulah seminggu dia lesap,''beritahu Hindun.

''Isy,tak sangka kau prihatin tentang hal Sal!Selalunya kaulah orang pertama nak mengumpat pasal dia.Mana kau tahu semua ni?''usik Linda.

''Prihatin?Mengarut!Aku tahu sebab kebetulan.Kawan dia datang cari dia sebab nak ucap takziah.Kawannya tulah yang bagitahu.Aku tak tanya pun.Ketika tu,Sal dah balik kampung.Aku peduli apa.Aku lagi derita hilang abang dan ayah sekaligus.Tak gila,pun!''jelas Hindun.

''Kawannya yang selalu datang tu?''soal Tasya.

''Ya,siapa lagi?!kalau tak silap aku,Asiah Yusra namanya,''balas Hindun.

''Mm,kan betul kau prihatin pasal Sal?Nama kawan baik dia pun kau tahu.Mengaku sajalah Hindun,''tempelak Linda membuatkan Hindun menjeling geram.

Kilat tidak lagi memanah alam.Guruh tidak lagi berdentuman.Hujan masih gerimis.Tangisan Imtisal semakin kuat kedengaran.Ungkapan 'Dia tak sama' diulang-ulang dalam sendunya.Sesekali Hindun dan Tasya mengejek dan mengajuk-ajuk ungkapan itu.Mempermainkan Imtisal sudah menjadi satu hiburan bagi jiwa mereka yang gersang.

''Apa yang tak sama?''Linda cuba mengetahui.Kepalanya berpaling ke arah langsir kuning yang menutup pintu bilik Imtisal.Langsir itu kelihatan terbuai-buai.Imtisal baru sahaja memutar ligat kipas siling dengan memanipulasi petunjuk ke angka lima.Maksimum.

''Allah tak sama!''Balas Imtisal.tekad.

''Habis tu?''Linda tidak faham.Hairan bin ajaib.Jawapan Imtisal penuh teka teki.

''Jangan kata Dia sama!''balas Imtisal.

''Siapa pula kata dia sama?''Linda masih kehairanan.

''Syaitan!''jawab Imtisal tegas.

''Kau dengar tu,Tasya.Siapa lagi yang kata dia sama kalau bukan kita?Adakah patut dia kata kita syaitan?Memang gila!''Hindun panas telinga.Bibirnya digetap.Geram.

''Syaitan kata Dia sama,kita tak boleh kata dia sama!''Imtisal cuba menjelaskan tetapi ayatnya kabur berkabus.

''Huh,tak faham!mungkin buruk benar muka kamu berdua ni hingga Sal nampak muka kamu berdua macam syaitan.''

Linda memandang Hindun dan Tasya.Kasar gurauannya lantaran berkawan dengan orang yang kasar.Hindun dan Tasya geram.Mereka mula mengutuk muka Imtisal dengan kata-kata kesat.

''Sedarlah Sal.Muka kaulah muka paling hodoh pernah aku jumpa.Syaitan pun lagi cantik,''Hindun menghina tak bertapis.Begitu juga Tasya.

''Kamu berdua ni,nama saja siswi tapi bahasa kasar macam remaja liar di jalanan.Hindun,sebelum kau mengata Sal,cuba kau tengok muka kaudalam cermin.Kau tak perasan ke muka kau ada iras muka sal?''

''Hei,Linda!kau ingat bahasa kau tu cantik sangat?Kau jangan sesekali kata muka aku sama macam muka Sal.Kalau kau kata muka aku sama macam muka unta pun aku boleh terima lagi,tapi bukan macam muka Sal.Kau ingat tu!''Hindun memberi amaran.

''Muka Hindun binti Ahmad seiras muka Imtisal binti Ahmad.Nama ayah pun sama.Silap hari bulan,orang boleh kata adik-beradik.''Tasya mengiyakan.Makin galak dia ketawa.Hindun mula tidak keruan.

''Tasya,kau jangan mengarut.Sakit hati aku.Dalam dunia ni,adik beradik aku cuma aku dan abang aku.Jaga mulut kau.Sebab mulut badan binasa,tau.Kau tak kenal lagi siapa aku,''ugut Hindun.

Tasya kecut perut.Linda bersahaja.Dia seronok melihat Hindun marah.Dia juga seperti Hindun dan Tasya,suka mempermainkan Imtisal namun jauh di sudut hati,terselit inkuiri yang tinggi terhadap gadis itu.

Hindun becok membebel sambil menghina muka Imtisal.Dia sangat sensitif apabila mukanya dikatakan seiras dengan muka Imtisal.Tak dapat menerima kenyataan.Jauh di sudut hati,Hindun membenarkan apa yang dikatakan.Terhijab oleh keegoan.Hakikat itu terlalu pedih untuk ditelan.Baginya,suatu penghinaan.

''Allah yang cipta muka aku,jangan hina ciptaan Allah,''Imtisal berasa tertekan apabila teruk dihina.Padahal,tiada cacat cela langsung di wajahnya malah dia seorang gadis yang ayu.Bentuk muka,kening,hidung dan mulut mirip Hindun.Yang membezakan mereka adalah bentuk mata dan warna kulit.Mata Imtisal lebih galak dengan bulu mata yang lentik.Bundar menawan.Kulitnya cerah dan gebu.Tarikan sang kumbang.Mata Hindun pula kelihatan tajam dan penuh kebencian.Pada awal perkenalan,Tasya pernah terlepas gelas di tangan apabila Hindun memandangnya.Menakutkan.

''Tengok tu,berlagak ustazah pula,''sindir Hindun.

''Kau kena jumpa pakar sakit jiwa,Sal,''cadang Linda.

''Aku tak gila!''Pedih batin Imtisal mendengar cadangan itu.

''Mengaku sajalah,''sindir Tasya.Jelingan matanya penuh benci.

''Mana ada orang gila nak mengaku gila,''tambah Hindun.Tasya dan Linda tertawa berdekah-dekah.Hindun pun ikut tertawa.Imtisal bungkam.Kawan-kawan sebiliknya langsung tidak mahu memahami malah dirinya pula dijadikan barang mainan.Pernah dia cuba berkongsi masalah tetapi dibalas dengan ejekan dan cacian.

Imtisal membiarkan Hindun,Tasya dan Linda terus mengejeknya.Dia termenung di jendela.Tingkap biliknya dibuka luas.Kerdipan cahaya neon menyimbah kegelapan malam yang menyelubungi alam.Bangunan-bangunan yang terbina unik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bermandi cahaya pendarfluor.Tampak indah.Hujan renyai-renyai.Sesekali hembusan angin membelai lembut pipinya.Angin sepoi-sepoi bahasa itu terasa sedang memujuk dan mengusap mesra hatinya yang gundah dan terluka.Sedikit ketenangan bertamu di jiwa.

Imtisal asyik berfikir.Indahnya malam!Tentu ada yang menciptakan.Tentu ada yang mengatur peredarannya.Bintang dan bulan juga tentu tidak terjadi sendiri.Semua benda ada pencipta.Tak syak lagi,Allahlah yang mencipta segalanya.Asiah Yusra selalu berpesan supaya menghayati ayat-ayat dari surah A'li I'mran yang bermaksud:

''Dan milik Allahlah kerajaan langit dan bumi,Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu.Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda(kebesaran)Allah bagi orang yang berakal.Iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi seraya berkata,''Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptatakan semua ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau.Lindungilah kami daripada azab neraka.''

Imtisal menikmati keindahan malam sambil akalnya merenung kebesaran Ilahi.

'Ya,memang menjadi hikum alam,semua benda ada pencipta.Bodohnya orang yang mengatakan bahawa ada benda yang tiada pencipta.semuanya ada pencipta!'Hati Imtisal berdialog sendiri.

'Err,siapa pula yang mencipta Allah?takkan Allah ada sendiri?'

'Ah,apa yang aku fikirkan ni?'

'Siapa yang mencipta Allah?siapa yang mencipta Allah?siapa yang mencipta Allah?Adakah Allah ada sendiri?Kenapa Allah ada sendiri?Bukankah semua benda ada pencipta?Takkan Allah ada sendiri?Siapa cipta Dia?'Bisikan-bisikan liar datang menghujan.

Imtisal mencapai Tafsir Bimbingan Rahman.Dia mendamba ketenangan.Al-Quran dibelek secara rambang.Ayat 4,surah al-Sajdah menarik pandangan.Imtisal membaca lambat-lambat.Ayat itu menerangkan bahawa Allah bersemayam di atas arasy setelah menciptakan langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya selama enam masa.Dahi Imtisal berkerut.Hatinya tertanya-tanya,bagaimana Allah bersemayam?Setiap kali membaca al-Quran atau hadis tentang tangan dan wajah Allah,Imtisal mula tak keruan.Imaginasi liar bertandang.

''Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!Dia ada,Dia tak sama!Tak ada sesiapa cipta Dia.Dia tak sama!Dia lain daripada yang lain!Dia tak sama!''Tiba-tiba Imtisal menjerit lagi.Tingkap bilik dihempasnya dengan kasar.

''Woi!Kau ingat ni kawasan pergunungan ke?Sesuka hati saja kau nak menjerit.Orang nak studi pun susah,''marah Hindun.Dia menutup buku yang baru sahaja dibuka dengan kasar.Matanya bulat.Leterannya sebingit jeritan Imtisal.Tasya meneguk liur.Dia gerun apabila melihat Hindun marah.

''Haah!Aku malu betul kat penghuni blok ni.Maklumlah sebilik denagn orang gila,''sokong Tasya.Sejak tadi dia berbaring di atas lantai sambil membelek-belek majalah.Dia tidak membaca.Hanya melihat gambar terutamanya fesyen pakaian terkini.

''Orang gila ni tak boleh dilayan sangat.Biar sajalah dia nak buat apa yang dia suka.''Linda meredakan kemarahan Hindun dan Tasya.Air kopi diteguknya.

''Kalau dah tahu diri tu ada masalah mental,bukan di sini tempat kau.Pergilah jumpa mana-mana psychologist di hospital sakit jiwa.Barulah tak menyusahkan orang.''Hindun menyiat-nyiat perasaan Imtisal dengan bahasa kasar.Tidak cocok dengan budaya murni masyarakat melayu.Bangsa melayu terkenal budi bahasa.

''Aku tak gila!''bentak Imtisal sambil mencapai tudungnya.Air mata tak kering di kelopaknya.Batinnya pedih,jiwanya dihiris.Kakinya menghentak-hentak lantai sambil berlalu keluar bilik.Tatkala hatinya terluka,dia akan mencari seorang sahabat yang cukup disayangi,Asiah Yusra.Hanya Asiah Yusra yang memahami resajh hatinya bergelut dengan persoalan aqidah yang kerap menujah-nujah pintu hati.Dia sudah tiada cara lain untuk melawan bisikan-bisikan itu kecuali dengan cara memukul diri dan memarahi bisikan itu tatkala ia datang.

'Oh Tuhan!Aku tak minta ia datang.Aku tak minta berfikir tentang zat-Mu.Tapi,ia datang sendiri.Ia ujian dari-Mu.Aku tak berdaya menolak kedatangannya.Aku hanya mampu menangkisnya dengan caraku yang mungkin pelik ini.'Imtisal mengesat air mata dengan hujung lengan baju.

Hujah-hujah yang pernah dibekalkan oleh Asiah Yusra menjengah ruang fikiran.Asiah Yusra selalu mengingatkan bahawa Allah tidak sama dengan suatu apapun di kalangan makhluk.Rasulullah s.a.w pula mengingatkan agar tidak berfikir tentang zat Allah,sebaliknya berfikirlah tentang ciptaan Allah.

'Peliharalah diriku daripada tohmahan gila.Aku tidak gila.Aku cuma memelihara kesucian zat-Mu yang tidak sama dengan makhluk-Mu.Syaitan sering mendatangkan imaginasi pelik tentang zat-Mu.Kau hukumlah syaitan.Aku mengadu pada-Mu atas kelemahan diriku.Aku dah tak berdaya wahai Tuhanku.Tolonglah!'Monoilog Imtisal sambil air mata jajtuh berguguran.

''Mm,aku baru sahaja belajar psikologi tentang penyakit schizophrenia.Simptom-simptomnya jelas ada pada Sal.Antaranya,bercakap seorang diri,menjerit dan nampak pelbagai perkara pelik sendirian,''Linda bersuara.Bicaranya tiada respon.

''Cuma satu,Sal melepaskan apa yang dirasai hanya di dalam biliknya.Pada waktu malam sahaja.Bila bersama orang ramai,dia normal.Pesakit ini sepatutnya akan diserang bisikan liar pada bila-bila masa sahaja,''Linda bersuara lagi.Dia membelek-belek buku bertajuk,Psychology of Abnormal Behavior.Dia duduk bersandar di dinding,di ruang tengah bilik.Tasya meniarap di hadapan Linda sambil menyalin nota yang dipinjam daripada Eton,kawan sebelah bilik.Dadanya beralas bantal.Badannya beralas permaidani.Hindun pula duduk bersila berhampiran Tasya.Dia tekun membaca.

''Maksud kau,Sal tak gila?''Hindun mahu kepastian.Bukunya ditutup.

''Kau nampak dia gila?''Linda membalas pertanyaan Hindun dengan pertanyaan.

''Memang dia gila!mata kau tak rabun,kan?Telinga kau tak pekak,kan?''sinis Hindun menjawab.

''Ya,memang aksinya tu pelik.Tapi,aku terfikir,dalam Personality Psychology,orang yang tinggi self-esteem akan menjadi agresif bila self-esteem-nya diancam atau diganggu oleh seseorang atau sesuatu peristiwa.Dia boleh bertindak ganas untuk mempertahankan self-esteem-nya.Orang gila takkan sensitif dengan self-esteem.''Linda memandang sejurus wajah Hindun yang bingung dengan penjelasannya.Dia tidak menghiraukan.

''Lagipun,aku pernah bertanya tentang self-concept-nya.Dia seseorang yang berpuas hati tentang self-concept-nya.Bagi aku,orang yang jelas self-concept dan tinggi self-esteem adalah seseorang yang berpesonaliti hebat,tidak mungkin seorang yang gila!Lagipun dia bukan seorang yang narcissitic walaupun sangat bijak.Sifat positif itu tak mungkin bagi orang gila.''Linda berhenti bersuara.

Hindun menjeling Linda sambil menjuihkan bibir.Dia menyampah dengan istilah psikologi yang sering meniti di bibir Linda.Linda membalas dengan mengherotkan hidung.

'Nak tunjuk pandailah tu,'bisik Hindun.

''Tasya,kau tentu setuju dengan aku,''Linda mencari penyokong.

''Jangan percayakan dia,Tasya.Aku dah jumpa ramai jenis orang gila,ada bijak bercakap,bijak akademik dan bijak serba serbi tapi sebenarnya gila.''

''Samada orang tu gila atau orang yang menilainya dengki...Otak dan hatinya sendiri sebenarnya yang gila-gila,''pedas Linda memperkena.

''Kau ni macam Mak Joyahlah,Linda.Mulut tak pandai nak jaga.Jangan sampai aku mengamuk.Nanti habis terbang kerusi.''Hindun berubah posisi.Dia masuk ke petak bilik untuk meneruskan studi.Dia berusaha untung memekakkan telinga.

''Lagi-lagi self-esteem,makhluk spesies apa tu?''Tasya berkerut kening setiap kali mendengar Linda mengeluarkan istilah Psikologi.

''Isy,kau ni!self-esteem pun tak tahu.Pelajar Architecture macam kau pun patut ambil tahu istilah ni.Kalau tak,nanti macam mana kau nak tahu personaliti anak-anak kau?''Linda menepuk perlahan belakang Tasya sambil membebel.

''Jangan jadi macam budak economics sorang tu,dia bukan nak ambil tahu istilah ni semua.Dapat anak nanti,barulah gelabah nak tahu kaedah untuk bina personaliti anak-anak yang hebat.Personaliti seseorang perlu bermula dengan pembinaan self-concept dan self-esteem yang positif.''Linda mengenakan Hindun.Dari dalam petak bilik,Hindun panas telinga.Suara Linda dan Tasya jelas kedengaran.

''Ah,pandailah aku nak didik anak-anak aku nanti!Yang kau susah tu kenapa?Mak aku dulu pun tak pandai istilah psikologi tapi boleh saja besarkan aku.''Hindun menggerakkan kerusi dengan kasar.Linda tersenyum sinis.Hatinya puas mendengar Hindun marah-marah.Dia sengaja mahu mengganggu konsentrasi Hindun yang sibuk studi.Dengki.

''Setakat membesarkan anak,binatang pun mampu buat.Aku sebut tentang pembinaan personaliti anak-anak bukan pembesaran mereka.Pembinaan personaliti anak-anak mesti berlaku dengan didikan yang betul.Ilmu pembinaan personaliti anak-anak ini berkait rapat denagn ilmu psikologi.Kau perlu belajar dari aku.''

''Ah,buang masa!''

Hindun mengangkat tangan kemudian menepis sikit ke belakang.Dia lahir dalam keluarga yang porak peranda.Ibunya bekerja di salah sebuah kelab malam.Ayahnya sudah lama menceraikan ibunya,sekarang entah di mana.Ayah pergi membawa abangnya.Hindun tidak memahami apa yang berlaku terhadap ayah dan ibunya.Dia hanya mengerti bahawa sejahat manapun ibunya bergelar GRO,dia masih tidak sejahat ayahnya yang sanggup meninggalkannya.Sejak peristiwa itu,Hindun cukup berdendam terhadap manusia bernama lelaki.

''Mm,patutlah anak dia ni dot dot dot dot,mak dia dulu tak pandai psikologi.Malang betul dia pun nak ikut langkah mak dia yang taknak belajar psikologi.Kasihannya siapa yang menjadi anaknya nanti,''pedas Linda menyindir,cuba membangkitkan kemarahan Hindun lagi.

''Oi,jaga mulut tu!mentang-mentanglah belajar psikologi,bukan main riak lagi.Aku belajar ekonomipun,tak ada menunjuk-nunjuk macam kau.Nanti aku dah bukak bank aku sendiri,terbeliaklah mata kau.Baru kau tahu ilmu psikologi kau tu tak ke mana.Tak kisahlah mak aku didik aku dengan cara apa sekalipun,aku tetap hebat,''suara Hindun meninggi.Tasya menutup telinga.Dia tidak seberani Linda untuk mempermainkan Hindun.

''Eh,dia marah!itu bermakna self-esteem kau tinggi.Orang yang tinggi self-esteem menganggap perkara negatif tak konsisten wujud dalam self-conceptnya,maka dia tak dapat menerima kritikan yang dirasakan tak sesuai dengannya.''

''Hah,kan betul aku hebat?!Self-esteem aku tinggi.Jangan main-main dengan aku.''Suara Hindun kembali normal dan hidungnya kembang menerima kata-kata itu.

''Yes,berjaya!''jerit Linda tiba-tiba.

Hindun mengangkat kening kemudian dahinya dikerutkan.Dia mengalih pandangan daripada buku.Langsir coklat cerah berbunga kecil menghijab pandangannya daripada melihat reaksi Linda ketika itu.Hairan.

''Apasal kau ni?Berjangkit dengan Sal ke?''Soal Hindun.Dia masih tidak berganjak dari petak biliknya.

''Pertama,aku berjaya mempengaruhi kau menyebut istilah psikologi supaya kau sedar kepentingannya dalam kehidupan seharian.Kedua,aku berjaya mendapatkan bukti bahawa orang yang tinggi self-esteem boleh menjadi agresif apabila self-esteemnya tercabar.Teori mengatakan orang yang rendah self-esteem lebih agresif rupanya mitos semata-mata.''

Hindun menjuih tatkala mendengar penerangan Linda.

''Dari tadi kau sebut istilah tu.Aku tak faham apa-apa pun,''cetus Tasya.

Linda menepuk dahi,terlupa menerangkan.

''Self-esteem berbeza dengan self-concept.Self-esteem ialah nilaian seseorang tentang dirinya.Self-concept pula ialah cara seseorang melihat,memahami dan mendefinisikan dirinya.''Linda meneruskan penerangan.

''Macam lebih kurang sama saja.''Tasya mencebik.Kurang faham.

''Tak sama!''balas Linda.

''Err,teringat ayat Sal,'Dia tak samaaaaaaa',''celah Tasya sambil tertawa kecil.

''Memang sah,kau berjangkit sikit dengan dia,Linda!simptom-simptom dah mula kelihatan.''Giliran Hindun pedas memperkena.Linda hanya tersenyum.Otaknya ligat memikirkan satu penerangan yang mudah tentang istilah-istilah psikologi yang dikeluarkannya.

''Okey,ada satu cara nak bezakannya.Kau jawab soalan aku ni.Siapa kau?''Linda mendapat akal.Tasya tidak banyak soal,lantas menjawab.

''Aku Tasya,Architecture student.''

''Kau best ke jadi Architecture student?''

''Jadi pelajar Medic lagi best.''

''Hah,itulah bezanya!kau kata kau pelajar Architecture,itu self-concept kau.Itu yang kau definisikan tentang diri kau.Then,kau kata jadi pelajar Medic lagi best,itu menunujukkan self-esteem kau negatif.Kau bagi reaksi negatif seolah-seolah kau tak puas hati dengan self-concept kau.''terang Linda bersungguh-sungguh.

''Tak usah layan Linda.Buat pening kepala saja,''sampuk Hindun.

''Dengkilah tu!''rungut Linda sambil menjeling langsir coklat cerah berbunga kecil.Kemudian,dia meneruskan hujah psikologinya.Dia sangat bangga bergelar siswi Sains Kemanusiaan.

''Aku pernah tanya Sal tentang siapa dia?Dia cakap,aku hamba dan khalifah Allah.Kemudian aku tanya lagi,best ke jadi hamba dan khalifah Allah?Dia jawab,status hamba dan khalifah Allah lah status paling tinggi dalam dunia ni dan tiada status yang lebih tinggi daripadanya,''cerita Linda.

''Betul ke?''Tasya terlopong.

''Kata Sal lagi,Rasulullah sendiri bila ditanya tentang diri Baginda,Baginda mengatakan aku adalah hamba dan Rasul-Nya.Wow,itu suatu jawapan untuk self-esteem yang hebat!Aku tak fikir seorang yang berpenyakit Schizophrenia boleh menjawab sehebat tu.''

Linda sengaja menceritakan kebaikan Imtisal untuk meransang respon Hindun.Sejak dulu,Hindun tidak senang apabila Imtisal dikatakan hebat dan tidak gila.

''Ha'ah.Kekadang aku terfikir kenapa orang bijak macam Sal ada penyakit mental?betul ke dia gila?Atau dia buat-buat gila?''Wajah Tasya berkerut.

''Tasya,kau jangan memandai nak sebelahi Linda.Sal tu memang gila.Terimalah hakikat,''sampuk Hindun.

Kali ini,dia keluar dari petak biliknya.Gadis bermata garang itu menyelak langsir sambil mencegilkan mata.Dia bersaing dengan Linda merebut kepercayaan Tasya.

''Tasya,kau kena dengar ni.Dalam peringkat pembangunan self-concept,peringkat kita ialah early adulthood.Peringkat ini rentetan dari peringkat teen years.Dalam peringkat ni ada satu term penting yang perlu kita tahu iaitu narrative self.Narrtive self ialah apa yang seseorang rasa tentang autobiografi masa lampaunya,masa sekarang dan akan datang,''Linda menerangkan teori lain sambil menjeling ke arah Hindun yang masih tercegat di hadapan langsir petak biliknya.Hindun juga menjeling ke arahnya ketika itu.Jelingan mata mereka bertembung.Linda cepat-cepat mengalihkannya.

''Apa kaitan dengan Sal?''tanya Tasya.

''Entah?!Aku sengaja terangkan sebab nak sakitkan hati budak seorang tu,''balas Linda sambil tersenyum sinis.Hindun menjelirkan lidah.Dia menghampiri Linda lalu memulas telinganya.Linda menjerit kecil sambil ketawa.Tasya mengangkat bahu.

''Aku rasa aku perlu kaji dia dengan lebih mendalam,''luah Linda.

''Buang masa kaji orang gila.Nanti,kau sekali boleh jadi orang gila.Aku nasihatkan,kau pergilah mengkaji katak,ikan atau burung.Lagi baik!''Hindun mencemuh.Dia bersandar di dinding ruang tengah sambil menjulur kaki.

''Kau ingat tak masa Sal cerita masalah dia pada kita dulu?Dia berserabut pasal mak ayah dia berpisah.Tapi rasanya dia ada masalah lain sebenarnya.''agak Tasya.Hindun tiba-tiba tertawa terbahak-bahak.

''Kalau aku ingat balik saat Sal cerita masalah dia tu,pasti nak pecah perut aku ni ketawa.Kucing dia mati pun nak dicerita.Kononnya,kucing tu amat memahami dirinya.Apasal mereng benar otak Sal?Tak tahan aku,''ujar Hindun dalam gelaknya.Tasya dan Linda turut tergelak kecil.

''Aku setuju dia ada masalah lain.Masalah mental,''sambung Hindun setelah ketawanya reda.

''Kau tak boleh melompat pada kesimpulan secepat tu,Hindun.''Linda menggerak-gerakkan jari telunjuknya,menunjuk isyarat tidak.

''Apasal kau asyik bela dia ni?''marah Hindun.

''Aku pun rasa dia ada masalah lain.Kau berdua perasan tak,bila aku tanya apa masalah dia,tentu dia sebut Allah tak sama.Aku malas nak tanya lebih-lebih tapi aku rasa dia ada masalah tak percayakan Tuhan.Mm,mungkin dia nak tahu terlalu mendalam tentang Tuhan hingga akalnya tak dapat nak fikir.''Linda membuat andaian.

''Tak kiralah apa-apa pun masalah dia,masalah keluarga atau aqidah,yang pasti semua tu membawa dia kepada masalah mental.Aku tetap yakin Sal ada masalah mental.Sal orang gila!''Hindun tidak mahu mengalah dengan pendapatnya.

''Hah,baru aku ingat!aku terbuka diari dia tempoh hari.Dia memang ada tulis tentang masalahnya,masalah susah nak faham aqidah,''Tasya membantu menguatkan andaian Linda.Andaian itu berpotensi menjadi hipotesis untuk dikaji.

''Err,dia keluar tadi tak bawa apa-apa,kan?Jom,kita selongkar bilik dia!Diari dia tentu ada,''cadang Hindun.Linda dan Tasya bersetuju.

Bilik Imtisal digeledah.Almari baju,laci dan rak makanan habis diselerakkan.Akhirnya,mereka berjaya menemui sebuah diari kecil berwarna hitam.Muka hadapannya tercop lambang uiversiti.Ghairah mereka membelek.


Oh,Tuhan!

Terlalu berat ujian ini,

Hampir ku akhiri hidupku lantaran tak mampu

ku hadapinya lagi.

Sampai bila perlu ku tanggung derita ini?

Entah bila dapat ku kecapi kebahagiaan seperti insan lain.


Oh,Tuhan!

Apa yang telah Kau lakukan ini?

Mulanya,kau pisahkan ibu bapaku,

Lalu mereka meninggalkan anak-anaknya tak tentu arah,

Kau jadikan kami hidup bagaikan anak yatim,

Kemudian,Kau rampas si tompok kesayanganku,

Biarpun ia binatang,

Tapi kucing itulah yang menangis bersamaku nselama ini,

Kucing itulah tempatku berkongsi penderitaan ini,

Akhirnya,ia pergi meninggalkanku selamanya,

kembali pada-Mu.

Terdengar gelekek Hindun dan Tasya.Linda tidak ikut ketawa.Dia mencabut kaca mata kemudian mengelapnya dengan hujung baju.

''Berkongsi penderitaan dengan kucing?Itu memang kerja orang gila biasa buat!''ejek Hindun.Tasya mengangguk setuju.Linda mengenakan semula kaca matanya.


Setelah itu,Kau biarkan adikku melarikan diri,

Hanya kerana tipuan cinta seorang lelaki,

Yang menagih najis dadah saban hari,

Entah apa nasib adikku sekarang ini,

Dia terlalu mentah untuk menanggung penderitaan,

Dia keliru mendamba perhatian dan kebahagiaan,

Akhirnya,dia tersungkur di lembah syaitan,

Dia terlalu muda untuk membuat keputusan,

Hingga sanggup menukar saki baki darah daging sendiri,

Hanya kerana seorang lelaki berjiwa binatang.


Kini,

Jadilah keluargaku makin berpecah-belah,

Aku kehilangan ibu dan ayah,

Yang mementingkan diri sendiri,

Hilang pula adik tersayang,

Yang tertipu dengan fatamorgana duniawi,

Hanya abangku teman deruta ini.


Duka yang kami tanggung berdua,

Terubat seketika,

Dengan kehadiran seorang wanita,

Bernama kakak ipar,

Yang juga senasib derita,

Aku gembira melihat abang gembira,

Aku terpujuk melihat kakak ipar ceria,

Namun tak ku sangka,

Semuanya sedetik cuma,

Kau menarik nyawa abangku kembali,

Sedangkan,hanya dialah pelindung kami,

Tempat bergantung hidup untuk sara diri,

Menumpang secebis kasih sejati.


Tak tertanggung derita kakak iparku ini,

Malam bersalinnya yang harus ditemani suami,

Sebaliknya ditemani khabar ngeri,

abangku kemalangan putus kepala dan kaki,

anaknya disambut tanpa bisikan azan seorang lelaki,

malah anaknya yatim,penuh kesusahan yang menanti,

Apa semua ini ya Allah?

kenapa ya Allah?

Kenapa aku yang perlu melalui semua ini?


Oh,Tuhan!

Adakah aku tidak berhak untuk merasai ketenangan?

Adakah aku tidak layak memiliki sebuah kebahagiaan?


Oh,Tuhan!

Aku cuba sedaya upaya menghadapi ujian-Mu dengan ketabahan,

Aku cuba menghampirkan diriku dengan Diri-Mu,

Aku hanya ada Engkau tempatku mengadu,

Namun,

semakin cuba ku dekati-Mu,

semakin banyak pula dugaan datang menguji,

Aku dah tak mampu lagi,

Tolonglah!

Hampir aku hilang keyakinan kepada-Mu,

Hampir ku merasakan Kau tidak wujud dalam hidupku,

Oh,perasaan apakah ini?


Ya Allah!

Cukuplah aku hilang segalanya dalam hidupku,

Berilah aku kekuatan,

Agar aku tidak turut kehilangan rasa bertuhan.


''Sedih juga kisah hidup Sal,''luah Linda.

Kaca matanya dibetulkan.Terbit secebis simpati.Dia merasakan tidak patut masalah sesar ini dijadikan bahan ketawa dan cemuhan.

''Alah,semua orang ada masalah!masalah aku lebih berat daripada dia tapi aku tak sampai gila memikirkannya.Hidup ni kena pandai-pandailah,''komen Hindun sambil menjuih bibir.Tiada komen kedengaran dari Tasya.Linda membelek lagi.

''Hah,tengok tarikh!Tulisan hari ni,the latest one.''Linda menunjuk.


Oh,Tuhan!

Aku berusaha mengenali-Mu untuk mencintai-Mu.Tapi,apa yang aku dapat?Aku semakin ingin tahu tentang zat-Mu.Mindaku sering membayangkan zat-Mu.

Oh,Tuhan!

Aku tahu bayangan daripada syaitan.Bantulah aku untuk melawan gambaran-gambaran liar yang terakam dalam mindaku ini.Bantulah...sungguh,aku tak mampu menanggungnya sendirian.


''Cis,masalah akidah rupanya!perkara remeh.Aku ingatkan masalah negara ke,masalah planet bumi ke,rupa-rupanya asyik fikir zat Allah.Apalah bodoh sangat Sal tu.Patutlah gila!Tengok aku,bab-bab aqidah dah lama selesai.Sia-sia jadi dean's list student kalau perkara macam ni pun bolehyb jadi isu besar dalam hidup dia,''bebel Hindun.Dia keluar dari kotak bilik Imtisal lalu bersandar di ruang tengah.

''Apa nak jadi dengan Sal ni,''tokok Linda.Namun,di hatinya tersilat minat yang tinggi untuk mengetahui lebih lanjut tentang Imtisal.

'Dia sesuai dijadikan subjek untuk case study aku.Okey,aku akan jadi observer bermula sekarang.Aku rasa kes ni ada relevennya dengan social psychology'.

''Budak U pun ada masalah macam ni?Merapu betul.Buat malu kat budak tadika saja,''Tasya menggeleng-geleng.Dia menyelak langsir bilik Imtisal lalu menghampiri Hindun.

''Jom,tengok movie seram lagi best daripada baca diari orang gila!Aku ada movie 7 Perhentian,''cadang Hindun.

''Wow!bestnya!Tapi,aku tak suka tengok malam-malam,''balas Tasya dalam dilema.Dia seorang yang sangat takut dan meminati filem seram.

''Tak suka atau takut?Kau takut nak pergi tandas tengah malam nanti ke?Apalah kau ni!Sekarang zaman tandas terang benderang.Buddak tadika pun tak takut,Buat malu saja!''Linda mengejek Tasya.Tasya tercabar.

''Jomlah tengok!''ajak Tasya,pura-pura tidak sabar.Dia pantang benar dibandingkan dengan budak tadika.

''Kau berdua pergilah dulu.Aku nak baca sikit lagi,''ujar Linda.Dia masih tercegat di bilik Imtisal.

''Duduklah kau dengan diari orang gila tu,nanti otak kau sekali boleh jadi gila,''suara Hindun kedengaran lantang.Tiada respon dari Linda.

''Jom,Tasya!Kita kena tonton movie awal sebab lepas tu,aku nak pergi bilik sebelah,tengok Eton buat power point.Esok nak kena present.''

''Esok kena present?Selambanya kau.Hah,ni mesti kes buli Eton buat assignment seorang diri!Bila dia dah siapkan separuh mati,baru kau datang,ya!Banyak cantik muka kau,''perli Linda.Tasya menjeling Hindun.Hindun bengang.

''Shut up!Hei,Linda!Diari tu ditulis oleh orang gila,ada wabak gila,nanti berjangkit kat kau,baru padan muka.Baik kau ikut aku tengok movie.''Tinggi suara Hindun.

''Baca diari orang gila boleh jadi gila?Betul ke?Tak ada pun dalam teori psikologi.Selawak-lawak teori psikoanalitik oleh Sigmund Freud pun,lagi logik daripada teori kau tu.Tak apalah,nanti aku cuba jadikannya hipotesis baru aku,''balas Linda bersahaja.

Linda aktif membelek sambil membaca sepintas lalu diari Imtisal.Ayatnya berbentuk umum dan ringkas.Banyak makna yang tersirat daripada yang yang tersurat.

''Kau biarkan adikku melarikan diri,''Linda mengulang bacaannya.

'Abang dah meninggal,ibu bapa pula bercerai.Sal tak punya sesiapa lagi yang boleh diharapkan.Mungkin adik kandung Sal menjadi harapannya.Ke mana agaknya adik sal pergi?Entah-entah Hindun binti Ahmad tu adik Sal.Mm,aku mesti kaji persoalan ni dalam case study.'

Linda memandang gambar Imtisal di dalam sebuah bingkai.Wajah itu memang mirip wajah Hindun.Cuma,Sal lebih ayu,fikirnya.

'Patutkah aku interview Sal?Rasanya tak patut.Aku nak mengkajinya dalam keadaan dia tidak tahu aku sedang mengkajinya.Barulah tak berlaku hawthorne effect.Aku mesti tekankan kaedah naturalistic observation untuk menjadi seorang Psychologist yang profesional.Maklumat boleh didapati dalam pelbagai cara.Selain mencuri-curi baca diari Sal dan Hindun,aku boleh bertanya secara tak langsung agar mereka berdua tak perasan.Wow,mesti survival kajian aku kali ni!Mm,aku akan sediakan report khas tentangnya.'
TOK!TOK!TOK!
Asiah Yusra membuka pintu biliknya.Tercegat Imtisal di muka pintu.Asiah Yusra memahami wajah muram Imtisal,terpendam duka.Senyuman Asiah Yusra sedikit sebanyak merawat kepedihan jiwa Imtisal.Asiah Yusra menjemput Imtisal masuk ke petak biliknya.Bilik Asiah Yusra di blok C,Mahallah Aminah sama seperti bilik Imtisal,mempunyai empat petak bilik dan satu ruang tengah.
Kebetulan Hana berkunjung di bilik Asiah Yusra ketika itu.Mereka sedang berbincang tentang masalah Hana sebelum kedatangan Imtisal.Hana acuh tak acuh dengan kedatangan Imtisal.Dia belum mengenali gadis itu.
''Maafkan Sal.Sal mengganggu Yusra saja.Sal tak tahu Yusra ada tetamu.Sal balik dulu lah,''pinta Imtisal.
Serba salah Asiah Yusra menghadapi dilema itu.Antara Hana dan Imtisal,kedua-duanya ingin dilayan sebaik-baiknya,kedua-duanya ingin didengari luahan hatinya.
''Tak ganggulah.Yusra suka Sal datang.Masuklah dulu,''jemput Asiah Yusra.Imtisal teragak-agak.Kelihatan Hana berkerut kening.Belum pun sempat berkenalan atau sekadar bersalaman,Hana mengangkat punggung terlebih dahulu.
''Yusra,Hana balik dululah,''rajuk Hana.Perbincangannya dengan Asiah Yusra rasa terganggu.
''Eh,dah nak balik?kita belum habis berbincang,''halang Asiah Yusra.Dia teringin memperkenalkan Hana dengan Imtisal.
''Lain kali sajalah.Yusra kan ramai peminat.Siapalah Hana ni.''Kata-kata Hana menyerlahkan rasa cemburu.
''Hana,janganlah macam tu.Marilah kita duduk bersama-sama dulu.Manalah tahu kita boleh tolong-menolong untuk selesaikan masalah bersama.''
''Tak apalah,Hana banyak kerja kat bilik,''dalih Hana sambil melangkah keluar.
Hana tidak mahu ada orang lain mengetahui masalahnya.Asiah Yusra tidak berdaya menghalang.Dibiarkan dulu.Dia berazam akan memujuk kembali.Perhatiannya beralih kepada Imtisal.Dia tahu Imtisal sangat memerlukannya pada saat itu.
''Syaitan kacau Sal lagi?''tanya Asiah Yusra lembut setelah mempersilakan Imtisal duduk.
Imtisal mengangguk.Serentak air matanya menitik.
''Yusra minta maaf sebab dah lama tak bertanyakan masalah Sal.Yusra terlalu cepat menganggap masalah ni dah selesai.Yusra minta maaf,''suara Asiah Yusra beralun perlahan.Imtisal masih berdiam diri.Asiah Yusra bangun seketika untuk menyediakan air teh bujang dengan sedikit biskut kering.
''Sal dah baca doa yang diajar Rasulullah tu?''Asiah Yusra mengingatkan.Sal menggeleng.Dia masih tidak mahu memebuka mulut.Walaupun begitu,Asiah Yusra memahami bahawa kedatangan Imtisal pasti untuk mengadu masalah yang sama.
''Rasulullah s.a.w menyebut:
Pohonlah perlindungan Allah.Berakhirnya perkara-perkara yang menimbulkan syak padanya.
Ucapkanlah 'Aku beriman dengan Allah dan para Rasulnya.'
Bacalah firman Allah Ta'ala,'Dialah yang Awal dan yang Akhir,yang Zahir dan Batin,dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu,' ''
Asiah Yusra mengajar Imtisal beramal dengan doa bersumberkan al-Quran dan Hadis.Dia pernah mengajarkannya sebelum ini.Dia sengaja mengulangi agar Imtisal tidak lupa.Mulut Imtisal berkumat-kamit cuba menghafaz doa yang disebutkan.
''Apa syaitan kata?''Asiah Yusra cuba bertanya lagi.Soalannya tiada jawapan.Asiah Yusra menghela nafas panjang.Dia mengerti temannya itu sedang mengumpul kekuatan untuk bersuara.Dia menyambung bicara.
''Syaitan ni jahat betul.Dia nak suruh juga kita fikir tentang zat Allah.Allah tak bagi fikir zat Dia.Akal kita tak mampu nak sampai.Jauh sangat tu.''
Asiah Yusra mencapai al-Quran berkulit coklat tua kesayangannya.Dia membelek surah al-Sajdah.
''Kalau syaitan bawa gambaran Allah macam bukit,katakan itu bukit!kalau datang dalam bentuk angin,katakan itu angin.Berhujahlah dengan syaitan.Laisa kamislihi syai'.Dia tak sama dengan sesuatu apapun.Dia tak sama!''Asiah Yusra cuba merungkai persoalan di benak Imtisal.Tangannya rancak membelek-belek al-Quran.
''Imam Malik pernah menyebut,ketika menghuraikan tentang Allah bersemayam atau duduk di arasy.Duduk adalah maklum,tapi cara Allah duduk kita tak tahu.Bertanya tentangnya adalah bid'ah dan beriman dengannya adalah wajib.Mudah kaedah ni,kan?''Asiah Yusra merenung anak mata Imtisal.
Imtisal mengesat manik jernih yang menitik.Satu persoalan terjawab sudah.Dia takjub melihat Asiah Yusra seakan dapat membaca semua isi hatinya.
''Cuba Sal tengok kotak pensil ni.Sal tahu apa ada kat dalam?''Asiah Yusra mencari inisiatif lain untuk mendalami suara hati Imtisal ketika itu.Dia memahami Imtisal sedang bergelut dengan gelora persoalan aqidah.
''Pensel lah,''jawab Imtisal ringkas.Gaya bahasa Asiah Yusra berjaya menarik respon temannya.
''Salah.Yusra letak berus gigi.Tengok!''Asiah Yusra membuka zip kotak pensil untuk membuktikannya.Kelihatan sebatang berus gigi jenama oral-B berwarna kuning di dalamnya.
''Siapa sangka?!Benda simple macam ni pun akal kita tak mampu nak fikir,apatah lagi nak fikir zat Allah.Dia tak sama dengan apa-apa sahaja yang ada di bumi ni.Akal kita tak mampu nak jangkau memikirkan zat Allah sebab ada hijab yang kita tak nampak.Jangan fikir!Fikir tentang ciptaan Allah.''Asiah Yusra memerhati sekeliling kemudian merenung wajah ayu Imtisal.
''Semua yang ada mesti ada Pencipta.Cuba Sal sebut apa-apa sahaja,tentu Sal dapat kaitkan dengan siapa Penciptanya.Mustahil ia terjadi sendiri,''ulang Asiah Yusra lagi.Mutiara kata yang sudah kerap kali dikongsi dengan Imtisal.Kata-kata itu perlu diperbaharui untuk menguatkan keyakinan sahabatnya yang mengalami krisis aqidah.
Setelah berasa agak tenang,Imtisal mula mahu meluahkan persoalan yang bersarang di fikiran.
''Yusra,Sal nak tanya soalan ni tapi syaitan paksa juga Sal fikir.Sal harap Yusra faham,kalau Sal tak ada hujah,Sal akan kalah dengan syaitan.''
''Yusra faham malah Yusra bangga dengan Sal.Apabila dolanda persoalan bahaya tentang aqidah ni,Sal tahu apa nak buat iaitu mencari hujah.''Asiah Yusra menepuk-nepuk bahu kanan Imtisal.Imtisal membetulkan kelepet tudungnya.
''Sesetengah orang,dipendamnya saja.Taknak kongsi sampai benda tu bernanah dalam diri.Akibatnya,pegangan akidahnya lemah,mula ada krisis dengan Allah,mula rasa agama ni tak penting,mula ambil remeh suruhan Allah dan larangan-NYA.Mereka inilah sebenarnya orang yang tak sedar mereka sedang dikuasai syaitan kerana ego untuk mencari hujah.Penyakit ego sebegini lebih bahaya daripada penyakit gila,''ujar Asiah Yusra.
''Lebih bahaya daripada penyakit gila?''Imtisal mahukan penjelasan.
''Itu pendapat peribadi Yusra.Bagi Yusra,orang gila lagi baik,kalau mati mereka ahli syurga.Tapi,orang yang kuat aqidah,mungkin boleh jadi ahli neraka.''Kata-kata Asiah Yusra memujuk hati Imtisal.Sejuk terasa.Ejekan-ejekan terhadapnya rasa terbela.Asiah Yusra seakan-akan turut menyaksikan penghinaan yang baru diterimanya.
''Yusra,Sal ni gila ke?''Tiba-tiba terpantul pertanyaan itu dari mulut Imtisal.Asiah Yusra menggeleng-geleng.
''Kenapa Sal tanya macam tu?''Hairan Asiah Yusra dibuatnya.
''Entahlah.Mungkin Sal patut dikatakan gila.Sal sendiri pun kadangkala menganggap Sal dah gila.Menjadi orang gila lebih senang.Sal seronok jadi gila,nanti senang dapat masuk syurga.''
''Diri Sal tak patut dihukum sebegitu.Diri Sal pun ada hak untuk dipenuhi untuk Sal.Allah menciptakan Sal dengan sebaik-baik kejadian.Allah tahu Sal mampu memikul tanggungjawab sebab tu Allah jadikan Sal hamba yang mukallaf,bukan orang gila.Jangan sia-siakan kepercayaan Allah pada diri kita.Sampai hati Sal melabelkan diri sendiri gila,''Asiah Yusra membetulkan perspektif Imtisal terhadap diri sendiri.
''Semua roommates Sal kata Sal gila,''luah Imtisal .Sedih.
''Ahpedulikanlah mereka tu!biar semua orang sekalipun kata Sal gila asalkan Sal sendiri yang tidak menghukum diri Sal begitu.Allah lebih mengetahui apa yang terbuku di hati Sal.Sal tak gila.Sal cuma sedang dalam mujahadah melawan bisikan syaitan sekarang ni.''
''Sampai bila?''Imtisal menepuk dahinya.
''Semuanya akan selesai sedikit masa nanti,percayalah!syaitan akan mengaku tewas mengganggu aqidah Sal kalau Sal terus kuat bermujahadah.''Asiah Yusra memberi kata-kata peransang.
''Sal banyak masalah.Allah masih nak dengar isi hati orang yang ada masalah aqidah macam Sal?Entah-entah,Dia bencikan Sal dan tak sudi pandang Sal.''
''Sal,tak baik berburuk sangka dengan Allah.Allah tidak begitu.Dia sayangkan kita.Malah ujian-NYA ini pun tanda Dia sayangkan kita,terlalu sayang.
Dia bagi ujian hanya pada orang yang mampu menghadapinya.''
''Tapi,ujian ini terlalu berat.''Kata-kata Imtisal berbaur esakan.
''Ada orang yang lebih berat ujiannya.Lihat mangsa tsunami dan mangsa kekejaman Israel di Palestin.Apa sangatlah ujian kita berbanding mereka.Memang setiap ujian itu berat.Kalau tak berat,bukan ujian namanya.''
''Sal dah tak mampu.''
''Allah lebih tahu Sal mampu,sebab tu Sal yang dipilihnnya untuk menghadapi semua ni.Allah lebih tahu kemampuan Sal berbanding diri Sal sendiri.Kalau Dia bagi ujian ni pada Yusra,mungkin dah lama Yusra mengalah.Dia Maha Mengetahui kemampuan hamba-NYA untuk dibberikan kadar ujian yang berbeza.Semuanya berat pada nilaian setiap hamba.Ujian-NYA satu peluang untuk menaikkan darjat kita di sisi-NYA.Yakinlah!''
''Tapi,ujian-NYA pada Sal terlalu berat.Selayaknya Sal menjadi gila dengan ujian seberat ini.''Imtisal menghempaskan tangan ke paha.Wajahnya resah.
''Sal,Sal yakin dengan siffat adil Allah,kan?!Al-Adil adalah salah satu daripada asma' Allah.Itu aqidah yang mesti kita hayati.Allah Maha Adil.Ujian-NYA sesuai dengan kemampuan seseorang,yakinlah!Yakinlah,Sal!Yakinlah!''Asiah Yusra kelhatan bersungguh-sungguh.
''Setiap ujian ada ujian masing-masing,seorang pun tidak akan terkecuali.Allah menimpakan ujian sebagai jalan penyelesaian.Kita yang perlu bijak menghadapinya dengan ketabahan.''Asiah Yusra menerangkan sepenuh hati untuk memencing keyakinan temannya.Wajahnya serius,menyerlahkan penghayatan.
''Err,betul Sal tak gila?''Imtisal minta kepastian.
''Betul!Sal perlu ingat,Rasulullah kekasih Allah pun dituduh gila juga.Baginda sabar saja.Kita kena contohi Baginda.''
''Betul ke?Ada bukti?''
''Mm,dah tentu.Tatkala turunnya wahyu,Rasulullah akan berpancaran peluh walaupun pada hari yang sangat sejuk.Badan Baginda menggeletar.Orientalist mengatakan keadaan Baginda bagaikan dirasuk jin lalu Baginda dituduh gila.Hah,Yusra teringat dalam surah al-Qalam,Allah ada membela Rasul-NYA yang dituduh gila.
Allah s.w.t berfirman,yang bermaksud:
'Berkat nikmat,kamu(Muhammad)sekali-kali bukan orang gila.Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak-tidak putusnya.Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.Maka kelak kamu akan melihat dan mereka(orang-orang kafir)pun akan melihat.Siapa dia antara kamu orang gila?' ''
Tik... Tik...
Isyarat mesej diterima membuatkan Asiah Yusra berhenti bercakap sejenak.Telefon bimbitnya dicapai dari atas meja.
1 message received
Tertera ayat itu di skrin telefon bimbit.Butang 'ok' ditekan.
-This time I'm sure about what I'm feeling and I'm gonna say it...
-I L.
-I L.O
-I L.O.V
-I L.O.V.E
-I L.O.V.E y.o...
-I L.O.V.E yougart
sedap tau!
Sender:
Umar
0199361721
Sebaik sahaja membaca mesej daripada seseorang yang dikenalinya itu,Asiah Yusra pantas memadamnya dari skrin telefon.
'Ya Allah!Kenapa dia menjadi begini?Tak patut dia menghantar mesej sebegini kepadaku.Memalukan!Ke mana hilangnya kewibawaannya sebagai seorang lelaki yang menjaga syariat selama ini?'Komen hati Asiah Yusra.Perhatiannya kembali beralih kepada Imtisal.Anak mata Imtisal direnung tepat.
''Kalau Sal nak jumpa Dr.Izzul Hafiz,Yusra boleh temankan esok,''sambung Asiah Yusra.Lembut.
Selama ni,Dr.Izzul Hafiz telah banyak menyuntik kekuatan pada Imtisal.Asiah Yusra selalu mengingatkan Imtisal agar kerap berjumpa orang yang dekat dengan Allah seperti pensyarah itu.Mendekati orang soleh dan berilmu cukup syaitan takuti.
Imtisal merenung temannya itu.Jelas sinar keikhlasan seorang pencinta Allah,terpancar dari wajahnya.
'Kalau Allah tak hadiahkan Yusra untukku,dah lama aku jadi gila,'bisik Imtisal.Kemudian,dia meluahkan apa sebenarnya yang terpendam.
''Syaitan tanya,kalau semua benda ada Pencipta,siapa cipta Allah?''luah Imtisal dalam keberatan.Tangannya kelihatan terketar-ketar sebaik sahaja menutur pertanyaan itu.Asiah Yusra bersungguh-sungguh mendengarnya.
''Sal,segeralah beristigfar kemudian meludah ke kiri tiga kali,''pinta Asiah Yusra,mengikut ajaran sunnah.Hatinya berdoa agar diberi kekuatan dan ilham oleh Allah s.w.t untuk menjawab persoalan itu dengan penjelasan yang terang.Imtisal melakukannya tanpa banyak soal.
''Ok,katakanlah Allah itu ada pencipta iaitu Tuhan A.Tuhan A itu pun ada pencipta iaituTuhan B.Tuhan B pula ada pencipta iaitu Tuhan C.Dan seterusnya sampai Tuhan Y dicipta oleh Tuhan Z.Sampai kat situ,siapa cipta Tuhan Z?Persoalan ni takkan habis!Tak logik dek akal pun.Maha Suci Allah daripada mempunyai Pencipta.Tiada sesiapa yang menciptakan-NYA.Dialah awal dan akhir,sedia kala dan kekal.Dia tak sama dengan makhluk!Dia tak sama!''
Bibir Imtisal bergetar mengulangi ayat Asiah Yusra,''Dia tak sama!''
''Kalaulah setiap Tuhan ada pencipta,berapa ramai Tuhan yang kita ada?Tentu huru hara alam ni jadinya sebab ditadbir oleh ramai Tuhan.Malah,kepercayaan Tuhan ramai ni sama dengan kepercayaan orang Hindu.Kalau kita faham macam tu,maknanya kita setuju dengan agama Hindu.Tuhan mereka berpuluh ribu.Tak Logik!''
Imtisal menekup tangan ke mulutnya yang terlopong tatkala mendebgar penerangan itu.Bisikan istighfar bergema di hati.
''Mesti ada suatu kuasa yang zat-NYA tiada Pencipta kerana Dialah yang mencipta semua yang ada.Dia pasti wujud,sedia kala,kekal,Dia lain daripada yang lain,berdiri sendiri,tiada awal dan akhir,Maha Melihat,Maha Mendengar dan dah tentu zat-NYA mempunyai sifat-sifat yang tak sama dengan makhluk.Sifat yang layak bagi Pencipta dan Pentadbir alam maya ini tentu sifat-sifat yang luar biasa dan tak mampu ditangkap oleh pancaindera.Fitrah manusia sendiri mengakui kebenaran ini.''
Imtisal memejam mata.Lidahnya mengalunkan sebahagian nama-nama Allah dengan lirih.
''Dia tak perlu pada yang lain.Semua yang lain perlu dan hajat pada-NYA.Ingat,Dia tak sama dengan makhluk.Dia tak sama!Kalau kita anggap Dia ada pencipta bermakna Dia sama debgan makhluk.Mustahil Pencipta sama dengan makhluk.Dia tak sama!''Satu persatu kalimah azimat dari lidah Asiah Yusra menembus masuk ke hati Imtisal.Lama Imtisal berkongsi suara hati dengan Asiah Yusra hingga jauh malam.Resahnya terubat.Imannya tidak lagi tergugat.
Angka 2.15 pagi,Imtisal berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya di blok J,selang beberapa blok dari blok Asiah Yusra,blok C.Mulanya,Asiah Yusra menyuruh Imtisal bermalam sahaja di biliknya namun Imtisal enggan.Mindanya jauh menerawang.Dia banyak berfikir.Hatinya tenang dan bercahaya disirami ilmu dan hujah.Kata-kata Asiah Yusra bagaikan pantulan cahaya bulan purnama menyinari sanubarinya.Indahnya hidup apabila berbekalkan ilmu dan hujah.
Ketika melewati blok E,Imtisal terdengar tangisan seekor kucing.Dia mencari-cari arah suara itu.Kelihatan seekor anak kucing menggeletar kesejukan.Imtisal bersimpati.Dia mendukung anak kucing tersebut sambil meneruskan perjalanan.Kepalanya dibelai dengan kasih sayang.Dilapnya bulu yang lembab dengan tudung turki yang dipakai.
Setibanya di bilik,didapati pintu biliknya berkunci.
'Tentu semua dah tidur,'fikir Imtisal.
Anak kucing dilepaskan seketika.Dia meraba-raba uncang kecil di dalam poket baju kurungnya untuk mencari kunci bilik.Sebaik sahaja pintu bilik di kuak,bau busuk menusuk ke lubang hidung.
'Uwek,bau tahi orang!'Pantas Imtisal menutup hidung.Dia memetik suis lampu tengah.Matanya liar mencari arah bauan itu.Kelihatan sebungkus surat khabar bergumpal di dalam sebuah baldi merah tersorot di sudut dinding,di ruang tengah.Baldi itu kepunyaannya.Imtisal meninjau teman-teman sebilik di petak bilik masing-masing.Linda dan Tasya sedang nyenyak tidur.Hindun pula tidak kelihatan.Imtisal masuk pula ke petak biliknya untuk mengambil makanan kucing dan kembali ke ruang tengah.Dia menjenguk isi baldinya sambil tangannya ligat memutar getah yang mengikat friskies.anak kucing menggesel manja di kaki.
Krekkk.Pintu bilik dikuak orang.Hindun terperanjat melihat Imtisal tercegat di hadapan pintu ketika kakinya melangkah masuk.Dia baru sahaja pulang daripada menyiapkan tugasan menggunakan perisian power point dengan Eton.
''Opocot!Hantu!!!''latah Hindun.Tangan dan kakinya separuh menari.
''Cis,kau rupanya!Nasib baik tak gugur jantung aku.Eh,dari mana pula kucing kurap ni?''Bebel Hindun.
Tidak semena-mena,dia mencekik kasar leher anak kucing itu kemudian pintu bilik dibuka.Imtisal menarik baju Hindun dari belakang namun tak berdaya memberhentikan langkahnya.Tubuh gempal Hindun amat bertenaga.Dari atas koridor tingkat tiga,anak kucing yang malang itu dicampak ke bawah.Segalanya berlalu pantas.Imtisal tidak sempat menghalang.Dia sangat terkejut melihat kelakuan Hindun yang kejam itu.
''Kau akan dapat balasan!''jerit Imtisal dengan marah.Dari benteng koridor tingkat tiga,dia memandang jauh ke bawah.Anak kucing itu tidak bergerak lagi.Air mata Imtisal bercucuran.
''Aku tak sengaja.Aku nak letak atas benteng koridor tiba-tiba ia melompat sendiri ke bawah.Bukan salah aku.''
Hindun masih mahu berdalih walaupun semuanya terang lagi bersuluh.Imtisal menjadi saksi pembunuhan itu.Muka Hindun selamba.Tiada riak penyesalan.
Imtisal melangkah masuk ke bilik.Dia tidak tahan meihat makhluk yang kini tidak bernyawa itu.Terlalu pilu.
''Kenapa kau tak tidur lagi?''tanya Hindun sambil mengekori langkah Imtisal.Dia mahu melupakan perbuatannya sebentar tadi dengan mengalih topik.Hidungnya mula menghidu suatu aroma.
''Aku baru balik dari bilik Yusra,''jawab Imtisal.
Dia mmasih menjawab sapaan walaupun hatinya sangat marahkan Hindun saat itu.
''Kau ni suka benar balik tengah malam sorang-sorang.Kau tahu tak malam-malam macam ni ada beribu-ribu hantu jembalang kat luar tu.Sebahagiannya mungkin dah masuk dalam badan kau,sebab tu kau gila,''herdik Hindun.Kasar.
''Kau pun baru balik,''balas Imtisal.Dia berdiri di hadapan cermin besar di ruang tengah bilik sambil mengurai rambut dengan jari-jemari.Hindun berdiri tidak jauh darinya.
''Aku pergi bilik sebelah saja.Itu pun Eton temankan bila nak balik semula ke sini.Yang kau tu pula,ppergi blok C,nun jauh di hujung kampus.Lepas tu balik sorang-sorang dengan beribu-ribu spesies jin,hantu jembbalang,pontianak ikut kau sekali.Silap hari bulan,dia cekik dan hisap darah kau,''Hindun cuba menakutkan.
''Ah,tak ada siapa boleh bagi mudarat kecuali Allah!Apa yang ada pada hantu jembalang tu kalau nak dibanding dengan kuasa Allah?''bantah Imtisal.
''Eleh,tunjuk alim konon!Sedarlah kau tu ada masalah aqidah.''
''Kau pun ada masalah aqidah juga.''Kata-kata Imtisal terbit dari hati yang sakit kerana dihina.
''Lancangnya mulut!mesti kau dah kena rasuk syaitan ni.''
''Kau mengata aku dulu.Kau tahu tak,orang yang takut pada hantu syaitan ni adalah orang yang tak yakin Allah lagi Maha Kuasa daripada semua tu.Itu masalah aqidah namanya.Bahaya!''
''Sal,sedarlah kau tu gila.Jangan nak bagi fahaman sesat pula,nanti orang lain boleh jadi gila sama.''
''Oi,apahal bertekak tengah malam buta ni?''pekik Linda dari ruang tidurnya kemudian dia bangun ke ruang tengah.Tangannya menggosok-gosok mata.
''Perempuan gila ni lah.Sudahlah baru balik,aku nasihat sikit,aku pula dikatakan ada masalah aqidah.Entah apa-apa.''Hindun membela diri.
''Kau dah tahu dia gila,kau pergi layan tu kenapa?''Muncul Tasya dengan sindiran.Dia turut terjaga.Imtisal cuba bersabar namun hatinya yang geram menyebabkan dia bertindak menghentak-hentakkan kaki masuk ke ruang tidurnya.Malas melayan.
''Kau tengoklah nanti,Allah akan balas sebab kau kata aku gila!''Hanya ugutan itu yang mampu Imtisal tuturkan.Dia cuma memiliki nama Allah untuk memujuk jiwanya yang lara kerana sering dihina
''Hai,orang ada masalah aqidah pun masih percaya ada balasan Allah?Karut betul kau ni,Sal.Kasihan kau.Dahlah gila,suka merapu pula tu,''tangkis Hindun.
''Eh,bau apa busuk sangat ni?''Mata Tasya kkelihatan terbeliak.Hidung Linda sejak tadi asyik bergerak-gerak kerana mengesan bauan itu.Dia mula mencari.
''Sejak mula-mula aku masuk,aku dah terbau bauan ni!Tapi,hampir aku terlupa bila si gila tu asyik merapu yang bukan-bukan,''sampuk Hindun.
''Uwek,tengok dalam baldi tu,ada tahi oranglah,''Lunda menunjuk ke satu sudut di ruang tengah.
Hampir dia termuntah.Tangannya menekup hidung.Dia membuka kaca mata lalu disangkut di leher baju.
''Kenapa kamu semua selerakkan bilik aku?''Tiba-tiba Imtisal keluar dari biliknya.Wajahnya merah padam.Salit hatinya apabila mendapati biliknya berselerak dan diarinya terbaring di lantai.
''Bukan kami yang selerakkan.Dalam bilik kau tu ada penunggu.Kau tanyalah penunggu bilik kau tu,mungkin dia yang selerakkan,''dalih Hindun.
''Kamu semua memang sengaja nak sakitkan hati aku,''marah Imtisal.
''Tengok tu,alih topik pula.Ni siapa nak mengaku ni?''Tasya mencelah sambil menunjukkan ke arah baldi Imtisal.
''Aku tak berak.''Imtisal membela diri.Sebaik sahaja membela diri,apalagi,teruk dia disindir dan dituduh yang bukan-bukan oleh rakan sebiliknya.
''Tengok tu,tiba-tiba saja kata dia tak berak.Mana ada kita tuduh dia?Nampak sangat dia yang berak.''Tasya menjeling Imtisal.
''Ha'ah.Baldi tu kau punya,kan?mengaku sajalah Sal,''ujar Linda.
''Tak,bukan aku!Tadi aku balik,aku dah umpa baldi tu ada kat situ.''Imtisal bersungguh-sungguh membela diri.Air matanya kelihatan bergenang.
''Hah,baru aku ingat!tadi waktu aku balik dari bilik Eton,aku buka pintu,aku memang nampak Sal cepat-cepat bangun dari sudut tu.Ingatkan dia buat apa,rupa-rupanya...''Hindun mereka-reka cerita.
''Oi Sal!kenapa tak bertamadun sangat kau ni?Sekolot-kolot orang tua zaman kuno pun,mereka pandai juga buang air dalam sungai,yang kau buang air di dalam baldi ni apasal?''Marah Linda.
''Tak,bukan aku!Tahi tu ada sendiri.Bila aku masuk tadi,tahi tu dah ada di situ.Tahi tu ada sendiri kat situ.Aku tak berak.Tahi itu memang dah ada kat situ.''Bermati-matian Imtisal membela diri.
''Linda,tengok!Dia memang gila,kan?!sudah terang lagikan bersuluh,''ujar Hindun menghamburkan penghinaan.
''Pengotor betul kau ni,Sal.Tak sangka.''Tasya mencebik bibir.
''Aku tak berak.Tahi tu dah ada kat situ waktu aku balik.Tak ada siapa yang berak,ia ada sendiri.''
Air mata Imtisal yang bergenang mulai jatuh menitik,membasahi pipinya yang gebu.
''Kau tengok ada tak benda dalam dunia ni yang ada dengan sendiri?Kalau ada tahi mesti ada orang berak,''tegas Linda dalam nada suara menengking.Imtisal terkesima seketika.Air matanya dikesat.Dia merenung mata Linda sambil mindanya ligat berfikir.Telinganya tidak lagi menghiraukan hamburan kata-kata kesat oleh Hindun dan Tasya.
''Yeeeeee!Aku dah dapat satu lagi bukti yang nyata.Dia kalah!Dia kalah!''Tiba Imtisal melompat keriangan.Dia mengukir senyuman kegembiraan.Hindun,Linda dan Tasya pula terlopong.
''Memang gila!''kutuk Hindun.
''Tak syak lagi!''tambah Tasya.
'Huh,Sal!Kau telah buktikan pada aku yang kau memang tak siuman,'keluh hati Linda.
''Linda,kau memang betul!Mana ada benda terjadi sendiri.Kalau ada tahi,mesti ada orang yang berak.Kalau ada alam mesti ada Tuhan yang menciptakan.Allah memang wujud,kan?!Memang fitrah manusia sendiri mengakui kewujudan Allah.Patutlah,bapak Atheis pun sepertiKarl Marx,pemimpin komunis tu,bila nak mati,dia mula harapkan pada suatu kuasa yang boleh tolong dia.Ya,jelas!Adanya alam maya,planet,matahari dan bulan mesti ada yang menciptakannya.''Bersemangat Imtisal meluahkan apa yang tiba-tiba bermain di minda.
''Orang gila ni dah mula merapu.''Hindun acuh tak acuh sambil menggeleng-geleng mendengar bicara Imtisal.
''Nak lari daripada kesalahan dia lah tu,''sindir Tasya.
Linda cuma terdiam.Fikirannya berubah.Otaknya menafsir sesuatu.
'Orang gila takkan sekritis ini membuat kesimpulan atas kkejjadian yang menimpanya.Semuanya boleh dikaitkan dengan Allah.Mampukah seseorang yang gila boleh berfikir sehebat ini?Jiwa aku kuat mengatakan dia tidak gila.Ada sesuatu yang istimewa yang perlu aku kaji tentangnya,'sejenak hati Linda berdetik.
''Hei,si gila pengotor!Aku tak kira,kalau kau tak bersihkan tahi kau tu,aku hebohkan pada semua orang bahawa kau berak dalam bilik,''ancam Hindun.
''Aku tak berak,mesti ada orang lain yang berak.Tapi,tak apalah.Biar aku bersihkan tanda terima kasih aku pada orang yang berak tu.Sebab dia,aku dapat kekuatan baru mengatakan Allah itu wujud,Dia yang menciptakan alam maya ini.Tiada apa-apa pun yang terjadi sendiri.Adanya alam bukti adanya Dia.''Imtisal merelakan.
''Tak payahlah merapu lagi.Sekarang juga kau pergi basuh,tak tahan aku bau ni!''arah Tasya dalam nada mengherdik.Imtisal lantas membawa baldi itu ke tandas.
........................................................................
abis bab 1.....=)







No comments:

Post a Comment